Profil

PROFIL SEKOLAH

NAMA SEKOLAH :  SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN  RAHMAT
ALAMAT SEKOLAH :  78200  KUALA SUNGAI BARU, MELAKA.              ( SEKOLAH HARIAN LUAR BANDAR SATU SESI)
NO. TEL :  06- 3876214
NO. FAKS :  06- 3879550
KOD SEKOLAHLAMAN WEB :  MEA 0073:  http://www.smkrahmat.blogspot.com
E – MAIL :  mea0073@pd.jaring.my
TARIKH DITUBUHKAN :  1967
DIRASMIKAN OLEH :   Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (Menteri Pelajaran)
KELUASAN KAW :   17 EKAR
KAW. PARLIMEN :  PARLIMEN MASJID TANAH
KAW. DUN :  DUN KUALA LINGGI
DAERAH :  ALOR GAJAH
PEJABAT PELAJARAN DAERAH :  PPD ALOR GAJAH
PUSAT  KEGIATAN GURU :  PKG 07 PENGKALAN BALAK
JARAK SEKOLAH KE ALOR GAJAH :  25 KILOMETER
JARAK SEKOLAH KE MELAKA :  50 KILOMETER
STATUS KEMASUKAN PELAJARFASILITI SEKOLAH :  SEKOLAH PENYALUR

  1. SK LUBUK REDAN
  2. SK AIR JERNIH
  3. SK OTHMAN SYAWAL
  4. SJK(C) YOK SIN
  5. SK KAMPUNG TENGAH
  6. SK KUALA LINGGI
  7. SK SG TUANG

 

BIL

JENIS

JUM

BIL

JENIS

JUM

1 BILIK PENGETUA

1

22

BILIK JAHITAN

1

2 BILIK GPK 1

1

23

BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV)

1

3 BILIK GPK HEM

1

24

BILIK KAUNSELING

1

4 BILIK GPK KOKU

1

25

KOPERASI

1

5 BILIK KETUA BIDANG

4

26

KANTIN

1

6 PEJABAT

1

27

STOR SUKAN/PERMAINAN

1

7 BILIK GURU

1

28

BILIK CETAK

1

8 BILIK MESYUARAT

1

29

PONDOK PENGAWAL

1

9 BILIK DARJAH/ KELAS

39

30

RUMAH GURU

3

10 MAKMAL SAINS

6

31

GARAJ BASIKAL/MOTOSIKAL

1

11 MAKMAL KOMPUTER

2

32

GARAJ KERETA BERBUMBUNG

5

12 PUSAT SUMBER

1

33

BILIK KEBAL

1

13 BILIK SPBT (BOSS)

1

34

PADANG

1

14 BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

4

35

BLOK  PENDIDIKAN KHAS

1

15 BILIK MASAKAN

1

36

SURAU BARU

1

16 BILIK L / KEJURUTERAAN

1

37

PUSAT AKSES

1

17 SURAU LAMA

1

38

PADANG SERBAGUNA

1

18 BILIK PENGAWAS

1

39

PONDOK BACAAN

6

19 BILIK PPSMI

1

40

BILIK SIARAYA

1

20 BENGKEL LANDSKAP

1

41

BILIK KATERING

1

21 BILIK RAWATAN

1

42

BILIK S/U PEPERIKSAAN

1


SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAHMAT

1.0          PENGENALAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat (SMKR) telah ditubuhkan pada tahun 1967.  Pada detik ini bermulalah lembaran baru bagi  anak-anak di Mukim Kuala Sungai Baru dan persekitarannya untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi.  Sebelum ini mereka terpaksa berulang-alik ke pekan Masjid Tanah atau ke Bandar Melaka untuk mendapatkan kemudahan pendidikan.  Mereka yang tidak berkemampuan dari segi material sudah pastilah tidak dapat meneruskan pelajaran pada tahap yang lebih tinggi.  Kemunculan sekolah ini seumpama obor yang bakal menerangi minda dan mencanai pembangunan dunia keintelektualan masyarakat Kuala Sungai Baru.

2.0         PENUBUHAN SEKOLAH  MENENGAH RAHMAT

Pada peringkat awalnya, sekolah ini telah bernaung di bawah pentadbiran

Sekolah Menengah Rendah 26 Masjid Tanah atau lebih dikenali pada ketika itu dengan nama Sekolah Menengah  Masjid Tanah( Sekarang dikenali sebagai SMK Sultan Alauddin).  Sekolah ini bermula dengan jumlah murid seramai dua ratus satu orang.  Tenaga pengajarnya pula seramai enam orang.  Pada peringkat awalnya, murid-muridnya telah ditumpangkan di SRJK ( C ) Yok Sin dan SK Othman Syawal yang terletak di Pekan Kuala Sungai Baru selama dua tahun setengah.  Oleh sebab tiada kemudahan bilik darjah, murid-muridnya terpaksa belajar pada sesi petang.  Bilangan bilik darjah yang digunakan pada ketika itu, sebanyak lima buah, iaitu tiga buah bagi tingkatan satu dan dua buah bagi tingkatan peralihan.  Bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran Sains Rumah Tangga dan Seni Perusahaan, terpaksa berulang-alik setiap dua minggu sekali di Sekolah Menengah Rendah 26 Masjid Tanah untuk mengikuti latihan amali.

Pada peringkat awal ini juga, pentadbirannya telah dikendalikan oleh pentadbir Sekolah Menengah Rendah 26 Masjid Tanah.  Seorang Penyelia telah dilantik untuk menguruskan pentadbirannya, iaitu Encik Baba bin Jais.  Setiap dua minggu sekali, seorang pelayan pejabat akan datang menguruskan hal surat-menyurat dan pentadbiran.

Pada bulan Jun 1969, semua warga sekolah ini telah berpindah ke bangunan tetapnya di satu kawasan seluas tujuh belas ekar di Kampung Keramat Leban yang terletak kira-kira dua kilometer dari pekan Kuala Sungai Baru.  Pentadbiran sekolah ini telah dipisahkan daripada Sekolah Menengah Rendah 26 Masjid Tanah.  Nama sekolah ini telah ditukarkan dengan nama Sekolah Menengah Rahmat, sempena nama penghulu pertama di mukim Kuala Sungai Baru yang bernama Penghulu Rahmat atas cadangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Rahmat.  Encik Baba bin Jais telah dilantik sebagai pengetua yang pertama pada 1968, dengan dibantu oleh Encik Mohamad bin Jais sebagai penolong kanan.  Pada tanggal 7 Mei 1976, Sekolah Menengah Rahmat telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad.  Penduduk di sini juga menganggap sekolah ini membawa seribu rahmat kepada mereka, kerana inilah satu-satunya sekolah menengah bantuan kerajaan yang terdapat di DUN Kuala Linggi.

3.0        TOKOH PENGASAS

P.I.B.G sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1970 dan pengerusi Pertamanya ialah Encik Othman bin Shawal.  Beliau merupakan tokoh terpenting di sebalik penubuhan sekolah ini. Beliau ialah aktivis Kesatuan Melayu Muda dan Kesatuan Guru-guru Melayu Melaka.  Pengalaman beliau sebagai pendidik serta kesedaran yang tinggi mengenai masyarakat luar bandar telah mendorong beliau memperjuangkan penubuhan sekolah peringkat menengah di daerah ini.

Encik Othman bin Shawal merupakan salah seorang tenaga yang berusaha mendapatkan kemudahan ‘basikal percuma’ untuk hampir 200 orang murid-murid Sekolah Menengah Rendah 26 Masjid Tanah.  Pemberian basikal ini merupakan hadiah yang amat berharga bagi murid-murid yang menghadapi masalah pengangkutan.  Pemberian basikal ini adalah atas tajaan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar di mana Encik Ghafar Baba selaku menterinya ketika itu.

VISI SEKOLAH                                                                                                                                                                                                                                  Menjadi  sekolah  cemerlang antara yang cemerlang di negeri Melaka pada tahun 2013.

MISI SEKOLAH                                                                                                                                                                                                                                    Proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan bagi melahirkan modal insan kelas pertama.

Pengurusan sumber secara berkesan dan humanistik.

Persekitaran pendidikan yang kondusif dan selamat .

Membudayakan disiplin diri dan akhlak terpuji.

Keterampilan dan kejayaan cemerlang dalam kegiatan kokurikulum secara bersepadu.

Hubungan dan kerjasama yang akrab antara sekolah dengan pihak luar.

OBJEKTIF SEKOLAH                                                                                                                                                                                                       

Meningkatkan pencapaian akademik.

Memperkasakan kemenjadian disiplin dan sahsiah murid.

Memajukan kegiatan Ko-Kurikulum

Memupuk budaya cintakan ilmu dan penguasaan ICT.

Mengamalkan pengurusan berintegriti dalam semua peringkat.

SLOGAN                                                                                                                                                                                                                                                              

 1 RAHMAT   Murid Didahulukan, Akademik Diutamakan 

Sepakat Melakar Kecemerlangan

PIAGAM PELANGGAN

KAMI WARGA SMK RAHMAT

DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM

BERJANJI AKAN MENUMPUKAN

SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK

Memberikan pendidikan yang seimbang bagi melahirkan murid yang berketrampilan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

Mengembangkan potensi murid dari segi akademik dan kokurikulum secara berterusan.

Memastikan sahsiah dan disiplin murid dalam keadaan terkawal setiap masa persekolahan.

Menyediakan iklim pengajaran dan pembelajaran yang terkini dan kondusif.

Mewujudkan hubungan mesra dalam kalangan guru, murid, ibu bapa dan masyarakat setempat, bersesuaian dengan fungsi sekolah   penyayang.

Memastikan ibu bapa, agensi dan orang perseorangan yang berurusan dengan pihak sekolah mendapat layanan utama dan mesra .

Memastikan sistem pengurusan sekolah berkualiti untuk semua pelanggan.

LOGO DAN LENCANA SEKOLAH 

PENGERTIAN KEPADA SETIAP LAMBANG PADA LENCANA:


4 responses to “Profil

  1. Langkah demi langkah saya susun dilaman Rahmat.Demi menimba ilmu untuk hidup menuju wawasan 2020 kerana selamanya inspirasi datang dari dasar pandang ketimur oleh Tun Mahathir…ketika usia muda .Aku berpeluang ke Jepun untuk mengenal Dan memindah Teknologi Pembuatan Alat ganti kenderaan seperti “Oil Filter, Fuel Filter,Air Filter Dan Mobile Fuel Container…Dari ilmu yang sebahagiannya Ku timba disini aku merasai kejayaan telah kucapai Dan alhamdullilah.. Terimakasih pada guru2 yang berjasa pada budak nakal INI..cikgu2 dengan nasihat Dan tunjuk ajarmulah ketika INI saya bahagia dengan keluarga Dan anak2.Sahabat handai terus dalam perhatian says do fb..Selamat maju jaya sekolahku SMRahmat.

Leave a comment